Friday, 31 August 2012

Aq tahan.,sabar & pendam

Memang tak semua yang kita harap kan tu akan jadi.. selalunya ape yang jadi tu.,tak macam yang kita nak or impikan.. itu lah fitrah kehidupan kita kat dunia nie.. Kita plak.,seorang manusia.. ade kebihan dan kekurangan masing2.. Nobody is Perfect..but Everybody want to be Perfect.. kan.?? urm.,'cinta'..Cinta adalah satu perasaan yang pasti akan hadir dalam hati setiap manusia at dunia nie.. Cinta itu indah sebenarnya..tapi kita sebagai manusia nie jer yang slalu mencari jalan untuk merasakan kepahitan dlm cinta tu..
Macam aq..aq rasa cinta itu sesuatu yang indah sangat..keindahan nya tak terungkap dengan kata2..tapi itu adalah segala permulaan untuk sesuatu rasa yang lain..rasa sakit.,perit.,kecewa.,sedih.,dan macam2 rasa yang terlalu pahit untuk aq rasakan..
Seperti apa yang rasakaan ari nie..aku mngaku memang ape yang jadi tu.,salah aq sendiri..tapi.,cukup lah bila dah diberi teguran dan peringatan untuk aq supaya aq tak ulangi lagi kesilapan tu..tapi.,kau hukum aq macam aq nie simpan jantan laen jew..yer.,aq tahu kau marah.,sakit hati.,geram..tapi.,perlu ke sampai kau buat aq cmnie.??aq tahu aq salah..aq da mntak maaf dengan kau..cakap elok2 dengan kau..tapi kau layan aq nak xnk jew kn.. mase k0l., bila aq diam kau marah..tapi bila aq b'suara kau macam tak nak dengar ape yang aq cakap..tak p0wn kau tak percaya dengan ape yang aq cakp kan..
Kau pown prnah wat salah gak kan..ape yang aq wat tu p0wn kau pernah wat at aq jgk kan.??tapi ade ke aq hukum kau cmne yang kau hukum aq skunk nie.??ade ke aq layan kau cmne yang kau layan aq skunk nie.?? kau pikir tak semua tu.?? Hati aq nie sakit sangat bila kau buat aq cmnie.. tapi xpe..aq tahan..aq sabar..n aq pendam semua tu..c0z.,yg p'tme cbb aq tahu aq salah..n yg ke-2 cbb aq sayangkan kau.. walupun penat aq mengalir kan air mata nie.,aq tak kesah..asal kan kau puas..puas m'hukum aq dengan cara kau tu.. cinta n sayang aq pd kau takkan pernah berubah..walau ape pun terjadi..

Sunday, 8 July 2012

Cerita Cinta 1

Dah lama sangat aq tak menulis sesuatu dalam blog nie.. hari nie baru aq berpeluang untuk buat new post kat dlam blog nie.. sekarang aq duduk kat rumah jer..goyang kaki.. =)
aq memang terpikir nak cari kerja..tapi.,dengan keadaan aq sekarang nie.,payah rasa nya nak bekerja..hmmm.. ary khamis nie aq ade interview...tapi tak tahu la nak pergi ke tak..dalam dilema aq dibuat nye..rasa macam nak pergi..tapi rasa macam tak nak pergi p0wn ade..hishh..ape la aq nie..c0nfused sangat..
aq pown da tak tahu nak tulis ape agy nie..apa kata kalau aq cite pasal life aq skunk..hrmm... skunk aq tengah happy bercinta dengan seorang lelaki yang aq sayang sangat..nama dye MOHD AZIZUL B. ALIAS..umo dye 22 tahun..dye asal dari Perak tapi skunk dye stay dengan abang and kawan2 dye kat Nilai.. buat masa skunk nie dye bekerja kat kafe kat LCCT,sepang sebagai crew service..bulan nie.,hubungan aq dye baru saje mencecah 7 bulan..bagi aq.,7 bulan tu satu jangka masa yang masih baru lagi.. ape2 p0wn, aq harap hubungan aq dengan dye diakhiri dengan perkahwinan and kekal hingga ke akhir hayat..i-Allah..ameenn.. Apa yng membuat kan aq boleh jatuh hati pada dye sebab sikap dye bertanggungjawab dan berfikiran kehadapan and layanan dye yang sangat baik..huhuhu.. nak tahu macam mana aq boleh jumpa and kawan then c0uple dengan dye tak.?? kalau nak tahu korang tunggu post aq yang akan datang k... ok laa.. aq nak out dlu..see u so0n..i- Allah... bye..!|


Friday, 16 March 2012

14 Signs of Your Soulmate

14. You argue and fight with them, but still can't get them out of your mind...


13. When you're on the phone with them late at night and they hang up but you miss them already when it was just five minutes ago...


12. You read their texts over and over again... 


11. You walk really slow when you're with them...


10. You feel shy whenever you're with them...


9. When you think about them, your heart beats faster and faster...


8. You smile when you hear their voice...


7. When you look at them, you can't see the other people around you... all you see is him/her...


6. You start listening to slow songs, while thinking of them...


5. They become all you think about...


4. You get high just from their scent and closeness...


3. You realize that you're always smiling to yourself when you think about them...


2. You would do anything for them...


1. While reading this, there was one person on your mind the whole time.....


 

Monday, 26 December 2011

I'm change..but.,,nothing different...

Hhmmmm..da lme aq x p0st s0mething at dlm blog nie...rndu ase nye..ye r.,skunk aq da keje..ble aq da keje ed0p aq p0wn brubah..and n0w aq nk cite pcal prubhan pd dri aq skunk...

Aq mngaku..mmang skunk aq da bnyak brubah..prubhan yg sgt3 la ktare..owg2 skeliling aq p0wn ade yg mnegur dgn prubhan pd dri aq skunk..mmber2..ade jgk yg pndang rndah pd aq ats sbb yg sme..tp.,k0rng sume x thu pnce sbnr aq brubh.?? ape yg k0rng thu juz nk m'hkum aq tnpa mngetahui sume nye..k0rng xkn fham ed0p aq..aq jdy cam skunk nie c0z aq x mmpu nk hlang sgale dugaan dan cbaran yg dtg pd aq..xde owg yg kuat kn aq saat aq lmah..xde owg yg bntu aq saat aq ssah..

Mngkin k0rng nmpak aq nie s0rng yg kuat dlm hdapi sgale rintangan dlm ed0p nie.,aq yg slalu nsihat kn owg laen spye sntiase tbah dlm ed0p.,aq yg slalu m'beri kta2 smangat pd sesiape yg mmerlukan di saat dirinya lemah.,aq lah yg m'jadi inspirasi dan c0nt0h kpd sese0rng..tp.,skrg..aq sndri yg x mmpu utk hlang sgale rntangan yg dtg dlm ed0p aq..aq hanyut dlm dunia aq sndri..dlm sedar.,aq sndri yg mr0sakkan sifat peribadi sndri..yg slame ini m'jdi aset pnting dlm diri aq..

Ya.,skrg diri n ed0p aq t0tally change..but n0thing are different..c0z aq ttap aq.!! n0t others..mngkin dlu aq akn slalu ade buat kwan2 yg tgah d0wn..kwan2 yg prlukn nsihat..kwan2 yg prlukan kta2 smngat..tp.,skunk aq x mmpu utk wat tu sume..aq malu nk b'dpan dgn sume tu..c0z aq sndri yg x mmpu mlwan sgale cbaran dlm ed0p aq..aq sndri yg da hnyut jauh dlm kefanaan duniawi nie..hhmm..,ssah utk aq b'ptah blek klau dri nie da t'lnjur t'jbak dgn keadaan sebegini..aq x kuat..aq x mmpu nk kluar..smpai ble.??aq sndri bl0m mnemui jwapan bgy p's0alan tu..s0.,biar lah masa yg tntu kn sgale nye..

Aq thu aq da kcewekan aty rmai insan at luar cne..prubhan skap aq nie wat k0rng sume da hlang kprcayaan pd aq..wat k0rng sume pndang rndah pd aq..tp.,aq x ksah..even aq mnyesal dgn ape yg da jdy nie..aq thu k0rng sume syg kn aq.,n cbe utk sedar kn aq dri lena kefanaan duniawi nie..tp.,aq x bley..aq da t'prangkap dlm kefanaan ini..mngkin ini satu ujian drpd-Nya..ataw stu balasan ats p'buatan aq sndri dlm sedar ataw tdk..jdy.,aq juz pasrah pd Yang Maha Esa utk tntu kn sgalanya..c0z aq p'cye.,Allah xkn m'berikn ujian mlebihi kmampuan hamba-Nya..hmmm.,aq mnx maaf pd k0rng sume..aq x b'niat nk kcewe kn k0rng..hrap k0rng maaf kn aq..

Aq x mmpu utk luah kn sgala yg t'bku dlm aty aq nie melalui kata2..hnya dgn penulisan bl0g ini aq dpt menerang kn sgala2 nye pd k0rng..aq mngaku.,I'M CHANGE..BUT  N0THING DIFFERENT..coz AQ TETAP AQ.!! N0T OTHERS..!

Saturday, 17 September 2011

Cinta & Rindu Dalam Islam...



Tuesday, 23 August 2011

Lemahkah Wanita Di Mata Lelaki ????



Kata lelaki wanita itu lemah..
Mengaku wanita., mereka tidak lemah tapi lembut..
Antara lemah dengan lembut amat besar perbezaannya..
Amat ketara perbandingannya..
Namun., ada yang tidak rela mengakuinya..
Telah ditakdirkan kerana lembut wanita itu..
Tidak gemar akan perbalahan kecuali dalam keterpaksaan..


Lalu wanita pun diam..
Diam seolah-olah menerima..

Dalam diam., wanita gigih melaksanakan kewajipan..
Dalam diam., wanita terus-terusan bekerja..
Dari belum tercalit garis putih di subuh hari..
Hingga jarum jam tegak bertindih jari..


Lelaki yang mengaku kuat..
Celik mata., sarapan sudah terhidang..
Apabila balik dari pejabat., di kerusi malas longlai terlentang..


Isteri yang mengaku lemah..
Bergelut di dapur memasak..
Suami yang mengaku gagah..
Bersantai di hadapan TV tidak bergerak..


Selesai memasak., wanita menguruskan anak-anak..
Menyapu sampah., mengemas rumah yang berselerak..
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak..
Berehat., menonton TV sambil tergelak.. 


Dalam diam., wanita yang dianggap lemah..
Terus berlumba dengan masa..
Memandikan anak., melipat kain dan membasuh baju..
Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju..
Menyiram pokok-pokok bunga yang mulai layu..
Sebelum solat Maghrib untuk sujud., menyembah Yang Satu..


Makanan dihidang selepas solat..
Selesai kerja-kerja rumah., anak-anak diajar mengaji..
Sedang suami., tersandar semula seperti tadi..
Sebagai isteri., kesetiaan wanita sentiasa diuji..
Dalam diam., semua tugas rumah dibereskan..


Lelaki terpelajar dan celik hati..
Ingin menghapuskan diskriminasi..
Lantang membela nasib wanita..
Memberi kesedaran supaya segera bangkit..


Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi..
Hukum agama telah dipapar..
Wanita yang sering dianggap lemah..
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan..

Friday, 19 August 2011

Cinta Dalam Diam....



Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba.
Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang. Kamu enggan mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan. [1]
Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.
Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya, menghindar dirinya daripada perkara-perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya.
Sebelum memulakan sesuatu yang terlarang, cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu.
Kerana diammu adalah keadilanmu. Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan.
Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia. Kamu tidak akan sekali-kali mencari dan menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.
Kerana diammu adalah……. Kekuatannya! [2]
Masih ingatkah kamu akan kisah cinta Fatimah dan Ali? Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah.
Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga adalah orang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Kerana dalam diammu, tersimpannya kekuatan harapan, yang menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata.
Bukankah Allah SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar? Sesungguhnya Allah SWT itu malu. Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakannya dan meninggalkannya dalam kerugian. [3]
Tapi kiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati, namun jika dia memang bukan milikmu, moga Allah SWT, merentasi batas-batas waktu, menghilangkan ‘cinta dalam diammu’ itu dan menggantikannya dengan rasa yang lebih indah, pada orang yang tepat.
Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahsia antara dirimu dengan Sang Kekasih Agung! [4]
Kerana diammu tanda tunduknya hatimu pada Sang Kekasih Agung. Sedangkan ikatan rumah tangga yang dimulai tanpa rasa tunduk dan patuh pada syariatNya tidak mungkin diredhaiNya. Dan tidak mungkin akan melahirkan generasi umat yang tunduk patuh padaNya.
Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung!
“Wahai Allah, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara anak-anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kepadaMu sahaja kami meminta dan bergantung harap. Perkenankanlah harapan kami Ya Allah.”
NOTA SISIPAN
1.   Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.
2.   Ianya boleh dianalogikan seperti antibiotik dan tubuh badan manusia. Seseorang yang sering diberikan antibiotik untuk melawan jangkitan akan menyebabkan sistem imunnya lemah dan perlu sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan. Akan tetapi seseorang yang dibiarkan melawan jangkitan dengan sendiri tanpa antibiotik, badannya akan secara automatik menghasilkan antibodi yang kuat bagi melawan penyakit. Justeru,sistem imunnya menjadi mantap secara semulajadi dan mengelakkan kebergantungan kepada ubat-ubatan.
Seperti hal ini, apabila kamu mendapati seseorang mulai jatuh hati padamu, jika kamu melayani perasaannya, maka ia akan sentiasa bergantung kepadamu dan hatinya menjadi lemah. Tetapi jika kamu membiarkannya melawan perasaannya sendiri, maka ia akan membentuk satu kekuatan dalam hatinya.
3.   Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhanmu Maha Hidup lagi Maha Mulia. Dia malu melihat hambaNya mengangkat tangan berdoa kepadanya, lalu dia tidak memperkenankan apa-apa kepada hambaNya itu.” – Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah.
4.   Al-Imam Tahtawi r.a. di dalam hasyiyah Muraqi Al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah), menukilkan perkataan daripada Al-Imam Suyuti r.a.: “Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya, maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan syahid di akhirat.”
Wallahua’lam.
NUKILAN ASAL
Hamba Allah.