Kata lelaki wanita itu lemah.. Mengaku wanita., mereka tidak lemah tapi lembut.. Antara lemah dengan lembut amat besar perbezaannya.. Amat ketara perbandingannya.. Namun., ada yang tidak rela mengakuinya.. Telah ditakdirkan kerana lembut wanita itu.. Tidak gemar akan perbalahan kecuali dalam keterpaksaan..
Lalu wanita pun diam..
Diam seolah-olah menerima.. Dalam diam., wanita gigih melaksanakan kewajipan.. Dalam diam., wanita terus-terusan bekerja.. Dari belum tercalit garis putih di subuh hari.. Hingga jarum jam tegak bertindih jari..
Lelaki yang mengaku kuat.. Celik mata., sarapan sudah terhidang.. Apabila balik dari pejabat., di kerusi malas longlai terlentang..
Isteri yang mengaku lemah.. Bergelut di dapur memasak.. Suami yang mengaku gagah.. Bersantai di hadapan TV tidak bergerak..
Selesai memasak., wanita menguruskan anak-anak.. Menyapu sampah., mengemas rumah yang berselerak.. Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak.. Berehat., menonton TV sambil tergelak..
Dalam diam., wanita yang dianggap lemah.. Terus berlumba dengan masa.. Memandikan anak., melipat kain dan membasuh baju.. Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju.. Menyiram pokok-pokok bunga yang mulai layu.. Sebelum solat Maghrib untuk sujud., menyembah Yang Satu..
Makanan dihidang selepas solat.. Selesai kerja-kerja rumah., anak-anak diajar mengaji.. Sedang suami., tersandar semula seperti tadi.. Sebagai isteri., kesetiaan wanita sentiasa diuji.. Dalam diam., semua tugas rumah dibereskan..
Lelaki terpelajar dan celik hati.. Ingin menghapuskan diskriminasi.. Lantang membela nasib wanita.. Memberi kesedaran supaya segera bangkit..
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi.. Hukum agama telah dipapar.. Wanita yang sering dianggap lemah.. Meneruskan hidup dalam segala kekuatan..
Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba.
Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang. Kamu enggan mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan. [1]
Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.
Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya, menghindar dirinya daripada perkara-perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya.
Sebelum memulakan sesuatu yang terlarang, cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu.
Kerana diammu adalah keadilanmu. Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan.
Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia. Kamu tidak akan sekali-kali mencari dan menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.
Kerana diammu adalah……. Kekuatannya! [2]
Masih ingatkah kamu akan kisah cinta Fatimah dan Ali? Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah.
Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga adalah orang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Kerana dalam diammu, tersimpannya kekuatan harapan, yang menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata.
Bukankah Allah SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar? Sesungguhnya Allah SWT itu malu. Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakannya dan meninggalkannya dalam kerugian. [3]
Tapi kiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati, namun jika dia memang bukan milikmu, moga Allah SWT, merentasi batas-batas waktu, menghilangkan ‘cinta dalam diammu’ itu dan menggantikannya dengan rasa yang lebih indah, pada orang yang tepat.
Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahsia antara dirimu dengan Sang Kekasih Agung! [4]
Kerana diammu tanda tunduknya hatimu pada Sang Kekasih Agung. Sedangkan ikatan rumah tangga yang dimulai tanpa rasa tunduk dan patuh pada syariatNya tidak mungkin diredhaiNya. Dan tidak mungkin akan melahirkan generasi umat yang tunduk patuh padaNya.
Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung!
“Wahai Allah, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara anak-anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kepadaMu sahaja kami meminta dan bergantung harap. Perkenankanlah harapan kami Ya Allah.”
NOTA SISIPAN
1. Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.
2. Ianya boleh dianalogikan seperti antibiotik dan tubuh badan manusia. Seseorang yang sering diberikan antibiotik untuk melawan jangkitan akan menyebabkan sistem imunnya lemah dan perlu sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan. Akan tetapi seseorang yang dibiarkan melawan jangkitan dengan sendiri tanpa antibiotik, badannya akan secara automatik menghasilkan antibodi yang kuat bagi melawan penyakit. Justeru,sistem imunnya menjadi mantap secara semulajadi dan mengelakkan kebergantungan kepada ubat-ubatan.
Seperti hal ini, apabila kamu mendapati seseorang mulai jatuh hati padamu, jika kamu melayani perasaannya, maka ia akan sentiasa bergantung kepadamu dan hatinya menjadi lemah. Tetapi jika kamu membiarkannya melawan perasaannya sendiri, maka ia akan membentuk satu kekuatan dalam hatinya.
3. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhanmu Maha Hidup lagi Maha Mulia. Dia malu melihat hambaNya mengangkat tangan berdoa kepadanya, lalu dia tidak memperkenankan apa-apa kepada hambaNya itu.” – Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah.
4. Al-Imam Tahtawi r.a. di dalam hasyiyah Muraqi Al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah), menukilkan perkataan daripada Al-Imam Suyuti r.a.: “Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya, maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan syahid di akhirat.”
Jika aku mencintaimu kerana kecantikanmu, Meredupkan pandangan di mataku, Kemudian aku bertanyakan diri sendiri, Saat kecantikan itu memudar ditempuh usia, Seberapa pudarkah kelak cintaku padamu?
Jika aku mencintaimu kerana keramahanmu, Memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu, Kemudian aku bertanyakan diri sendiri, Kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka, Seberapa mampu cintaku memendam praduga?
Jika aku mencintaimu kerana cerdasnya dirimu, Membuatku yakin pada setiap pekerjaanmu, Kemudian aku bertanyakan diri sendiri, Tika kecerdasan itu hilang meniti usia, Seberapa bijak cintaku untuk tetap bersamamu?
Jika aku mencintaimu kerana sifat berdikari yang kau miliki, Menyematkan rasa banggaku padamu, Kemudian aku bertanyakan diri sendiri, Di saat sifatmu yang manja menjengah, Seberapa besar cintaku padamu untuk dibanggakan?
Jika aku mencintaimu kerana sifat egomu, Menambatkan rasa kagumku pada utuhnya pertahananmu, Kemudian aku bertanyakan diri sendiri, Andai tembok keegoaan itu berjaya kuruntuhkan, Seberapa kuat cintaku yang tinggal?
Jika aku mencintaimu kerana pengertian yang kau berikan, Menumbuhkan ketenangan dengan kepercayaan yang kau tanam, Kemudian aku bertanyakan diri sendiri, Kelak pengertian itu ditelan ego sesaat, Seberapa banyak mampu ku mengerti cinta ini?
Jika aku mencintaimu kerana luasnya kesabaranmu, Menambah dalamnya rasa cinta semakin ku mengenalmu, Kemudian aku bertanyakan diri sendiri, Mungkin kesabaran itu mencapai batasnya suatu hari nanti, Seberapa besarkah cintaku mampu memaafkan?
Jika aku mencintaimu kerana keteguhan imanmu, Bagai siraj yang benderang mengantarkan cahaya, Kemudian aku bertanyakan diri sendiri, Kala iman itu jatuh merundum, Seberapa berkurang akhirnya cintaku padamu?
Jika aku mencintaimu kerana engkau yang telah kupilih sebagai cintaku, Yang kan kupegang sepanjang hayat, Kemudian aku bertanyakan diri sendiri, Saat hati ini tergoncang, Seberapa mantapkah cinta ini untuk tetap setia?
Biarpun sejuta alasan, Tetap tidak mungkin cukup, Membuat cintaku tetap bersamamu, Melainkan jika aku mencintaimu kerana Ilahi, Kerana Dia kan selalu ada, Untuk menjaga keutuhan cinta ini, Hingga kelak ku tak mampu lagi mencintaimu, Kerana cintaku… berpulang padaNya.
KARYA ASAL Aku Ingin Dicintai Kerana Allah Hamba Allah
Setiap lelaki muslim mahukan pasangan hidup yang terbaik untuk diri masing-masing. Namun, dalam kita mengejar yang terbaik lelaki sendiri kadang-kadang terlupa untuk menjadikan diri mereka sendiri sebagai seorang muslim sejati(penulis sendiri juga tidak terkecuali dengan kata-kata ini) . Kita(lelaki) mengharapkan wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup maka kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.
Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.
1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.
5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali ; Sumber : Facebook Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah Merlimau
Jadi, wanita perlulah untuk elak diri mereka dari mempunyai 6 sifat negatif ini.