
Kata lelaki wanita itu lemah..
Mengaku wanita., mereka tidak lemah tapi lembut..
Antara lemah dengan lembut amat besar perbezaannya..
Amat ketara perbandingannya..
Namun., ada yang tidak rela mengakuinya..
Telah ditakdirkan kerana lembut wanita itu..
Tidak gemar akan perbalahan kecuali dalam keterpaksaan..
Lalu wanita pun diam..
Diam seolah-olah menerima..
Dalam diam., wanita gigih melaksanakan kewajipan..
Dalam diam., wanita terus-terusan bekerja..
Dari belum tercalit garis putih di subuh hari..
Hingga jarum jam tegak bertindih jari..
Lelaki yang mengaku kuat..
Celik mata., sarapan sudah terhidang..
Apabila balik dari pejabat., di kerusi malas longlai terlentang..
Isteri yang mengaku lemah..
Bergelut di dapur memasak..
Suami yang mengaku gagah..
Bersantai di hadapan TV tidak bergerak..
Selesai memasak., wanita menguruskan anak-anak..
Menyapu sampah., mengemas rumah yang berselerak..
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak..
Berehat., menonton TV sambil tergelak..
Dalam diam., wanita yang dianggap lemah..
Terus berlumba dengan masa..
Memandikan anak., melipat kain dan membasuh baju..
Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju..
Menyiram pokok-pokok bunga yang mulai layu..
Sebelum solat Maghrib untuk sujud., menyembah Yang Satu..
Makanan dihidang selepas solat..
Selesai kerja-kerja rumah., anak-anak diajar mengaji..
Sedang suami., tersandar semula seperti tadi..
Sebagai isteri., kesetiaan wanita sentiasa diuji..
Dalam diam., semua tugas rumah dibereskan..
Lelaki terpelajar dan celik hati..
Ingin menghapuskan diskriminasi..
Lantang membela nasib wanita..
Memberi kesedaran supaya segera bangkit..
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi..
Hukum agama telah dipapar..
Wanita yang sering dianggap lemah..
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan..
No comments:
Post a Comment